14 januari 2010..
aku akan keseorangan tanpa suami tercinta kerana beliau menjalankan tugas di sabah selama 3 bulan..mungkin ini cubaan bagi diriku oleh Allah yang ingin melihat ketabahanku menjalani kehidupan sebagai bakal ibu tanpa sang suami di sisi..
aku mulanya keberatan melepaskan suami tercinta ke sabah kerana keadaanku yang tidak mengizinkan..biasa lah, first pregnancy ni kadang2 ada saja yang tidak kena padaku..
tapi dengan semangat bahawa suamiku ke sabah sebagai tugas yang perlu dilaksanakan sebagai seorang parajurit, aku rela melepaskannya pergi walaupun bagi kebanyakkan orang 3 bulan itu sekejap sahaja..tapi bagiku 3 bulan ibarat aku menunggu selama 3 tahun..berkat kesabaran ku dan galakkan daripada suami, aku redha dengan takdir Allah bahawa aku akan lalui saat2 getir berseorangan..aku tidak kisah jikalau aku terpaksa menanggung derita zahir dan batin semasa mengandung..itu adalah 1 pengorbanan yangcukup besar yang patut aku lalui..lagipun, mengandung dan segala perit getir ni adalah satu cubaan daripada Allah untuk menguji kekuatan ku semasa dalam keadaan sebegini..aku bersyukur kerana mama, abah, adik2 ku dan anak saudaraku masih bersama aku walaupun tanpa suami di sisi..
aku meluahkan semuanya bukan untuk meminta simpati orang di luar sana agar bersimpati dan mengasihaniku, tetapi ini sebagai pelengkap diari harianku sahaja..
mudah-mudahan suami ku yang tercinta akan selamat pergi dan selamat pulang ke pangkuan ku dan bakal bayi kami..abang, ayang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan abang di tempat orang..biarpun kita jauh di mata, tapi di hati tetap dekat..cintaku hanya padamu sayang..