Isnin, 11 Januari 2010

tinggallah aku...



14 januari 2010..
aku akan keseorangan tanpa suami tercinta kerana beliau menjalankan tugas di sabah selama 3 bulan..mungkin ini cubaan bagi diriku oleh Allah yang ingin melihat ketabahanku menjalani kehidupan sebagai bakal ibu tanpa sang suami di sisi..
aku mulanya keberatan melepaskan suami tercinta ke sabah kerana keadaanku yang tidak mengizinkan..biasa lah, first pregnancy ni kadang2 ada saja yang tidak kena padaku..
tapi dengan semangat bahawa suamiku ke sabah sebagai tugas yang perlu dilaksanakan sebagai seorang parajurit, aku rela melepaskannya pergi walaupun bagi kebanyakkan orang 3 bulan itu sekejap sahaja..tapi bagiku 3 bulan ibarat aku menunggu selama 3 tahun..berkat kesabaran ku dan galakkan daripada suami, aku redha dengan takdir Allah bahawa aku akan lalui saat2 getir berseorangan..aku tidak kisah jikalau aku terpaksa menanggung derita zahir dan batin semasa mengandung..itu adalah 1 pengorbanan yangcukup besar yang patut aku lalui..lagipun, mengandung dan segala perit getir ni adalah satu cubaan daripada Allah untuk menguji kekuatan ku semasa dalam keadaan sebegini..aku bersyukur kerana mama, abah, adik2 ku dan anak saudaraku masih bersama aku walaupun tanpa suami di sisi..
aku meluahkan semuanya bukan untuk meminta simpati orang di luar sana agar bersimpati dan mengasihaniku, tetapi ini sebagai pelengkap diari harianku sahaja..
mudah-mudahan suami ku yang tercinta akan selamat pergi dan selamat pulang ke pangkuan ku dan bakal bayi kami..abang, ayang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan abang di tempat orang..biarpun kita jauh di mata, tapi di hati tetap dekat..cintaku hanya padamu sayang..

Ahad, 13 Disember 2009

sepi kembali mencengkam jiwa..


13 disember 2009.. 11.00 malam..

aku menguruskan tanggungjawabku sebagai isteri selama 2 bulan aku bersama suami di penang..tiba waktu suamiku pulang bertugas di melaka pada hari ini..ak menghantar suamiku di bus stand sg. nibong disertakan linangan air mata..bilakah kami akan hidup di bawah satu bumbung yang sama..aku hanya mampu berdoa agar Allah panjangkan usia kami untuk bersama di rumah baru kami..di melaka..insyaallah aku akan menetap di melaka setelah rumah suamiku siap pada bulan feb 2010..

abang, ayang amat merindui mua walaupun kita bersama selama 2 bulan..

Selasa, 8 Disember 2009

Isnin, 7 Disember 2009

honeymoon @ cameron highlands

2 jun 2009 selasa 9.00 pagi..

aku bersama suamiku menjadikan destinasi cameron highlands sebagai tempat hanimun kami yang pertama..mungkin ada second hanimun, insyaallah..
kami menghabiskan masa selama 3 hari 2 malam sahaja memandangkan suamiku tidak banyak cuti..almaklumlah, askar ni cuti banyak tapi nak dapat punya la payah..
kami bermalam di hotel apartment di pekan brinchang dan sempat jugak berjalan-jalan di sana..dan buah tangan kami sempat borong untuk semua kaum keluargaku di penang dan perak..semua terkejut kami membeli macam2 sedangkan kami bercadang untuk hanimun tapi macam p shopping lak..hahaha..
aku dan suami banyak menghabiskan masa berehat di bilik memandangkan cuaca di cameron tak berapa elok..hihi..kami turun dari tanah tinggi pada hari khamis pagi..
romatiknya bersama suami ketika makan malam tidak dapat ku lupakan..love u sayang..

Ahad, 6 Disember 2009

aku dan hubby

cinta kami bersatu pada 31/5/2009